Thursday, January 8, 2009

Single, Couple or Trouble


Semua hidupan di dunia ini akan bermula dengan hidup secara solo (maksud aku walaupun kita tinggal dengan keluarga, kita tetap solo sebab belum berpunya.. mmhh boleh pakai ke istilah ni.. hehe).

Sewaktu kita masih solo, kita begitu gembira bersama rakan-rakan kita. Kita bebas melakukan apa sahaja. Mungkinlah kita ada pertelingkahan dengan rakan kita, tapi adakah kita akan minta putus persahabatan dengan kawan kita selepas itu? Rasanya tak kan.

Sewaktu kita solo, apabila melihat orang lain berdua, kita ingin seperti mereka untuk berdua. Mereka hidup umpama dunia ini tiada sebarang masalah. Berdua seakan dunia ini mereka yang punya.

Tibalah giliran kita untuk merasakan nya. Muncul lah cinta khas untuk kita. Sememangnya bahagia pada mulanya. Namun rasa lain setelah lama bersama. Rasa tak puas hatilah, rasa cemburulah, rasa nak bergaduhlah, rasa macam nak curang lah..ooppss... dan adalah rasa-rasa lain yang kurang enak.

Bila berdua, sukar untuk bergerak secara solo. Kerana kita sudah terikat dengan janji. Itu tak boleh, ini tak boleh. Tak boleh gedik-gedik semua harus ada protokol. Kalau berjauhan dengan si dia, kawan mungkin boleh jadi peneman hidup kita. Namun tetap jua sunyi Bolddan rindu kerana berjauhan. Kalau dekat sangat pula, langsung tak boleh buat kerja dengan kawan-kawan, sebab asyik nak berkepit sahaja.

Tapi bila bergaduh, ada satu bahagian yang paling seronok. Cuba teka bahagian apakah itu? Ya bahagian pujuk-memujuk. Makin di pujuk, makin mengada-ngada.. hehe..

Tapi ada juga yang bergaduh terus ke lain jadinya. Terus punah ranah mahligai yang cuba di cipta. Cinta perlukan usaha. Bukan usaha dari satu belah pihak, tapi kedua-duanya sekali.

Bila sudah biasa berdua, agak janggal untuk bersolo. Namun, solo ke, berdua ke, yang penting sayangi diri kita dulu. Diri kita tahu apa yang diri kita mahu.

Jiwang nya aku.


"Diriku melihat pada bintang,
hanya satu yang menyinar cukup terang,
kuibaratkan itulah dirimu dihatiku wahai sayang.."
.:"4 my cutie from Am-ScanDeLiCiouS™":.

No comments:

Post a Comment